Pada tahun ini kita semua akan menyambut Nuzul Al-Quran pada 2 Jun 2018 (Sabtu) bersamaan 17 Ramadhan 1439H. Semoga kita sebagai umat Islam sentiasa mengambil iktibar peristiwa Nuzul Al-Quran dan sentiasa manjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup kita agar kita semua sentiasa di jalan yang benar. InsyaAllah...
Sejarah Nuzul Al-Quran
Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraanMalaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.
No comments:
Post a Comment