3 bulan sebelum majlis perkahwinan


3 bulan sebelum majlis perkahwinan: Pejam celik pejam celik masa untuk anda menjadi suami/ isteri kepada pasangan anda cuma tinggal 3 bulan saja lagi. Bagaimanakah rasanya? Tentu berdebar-debar kan? Cepat betul masa berlalu.

Jadi.. apa yang akan berlaku dalam tempoh 3 bulan sebelum berkahwin?

Terasa baru jer buat keputusan nak berumahtangga. Bulan lepas ada masa lagi 4 bulan menjelang perkahwinan anda. Bulan ini hanya tinggal lagi 3 bulan. Tentu debaran semakin terasa. Semakin diri dihantui pelbagai perasaan.

Pada awalnya rasa excited kerana tak sangka akhirnya anda dan pasangan membuat keputusan untuk mengakhiri hubungan hingga ke jinjang pelamin. Ya, keputusan yang sangat suci murni. Tapi, bila masa yang dinantikan hampir tiba, terasa gementar pun ada. Tak senang duduk dibuatnya. Hahahaa.. Rileks lah kawan..

Baju Nikah dan Sanding dah tempah?

Ramai yang anggap 3 bulan tu masih ada masa untuk menempah busana perkahwinan. Tetapi ketahuilah bahawa 3 bulan tu dah lambat cek oiii.. Ngam-ngam jer masanya. Ha, apa tunggu lagi? Cepat-cepat la pergi tempah sekarang lepas baca ayat ni.

Pengantin perempuan kena lebih alert kerana baju nikah sanding anda lah yang paling banyak ragam. Nak labuci lah.. blink sana blink sini, fabric hunting lah, patching.. nak cari tukang jahit lagi. Kecuali kalau anda ada bajet besar untuk serahkan 100% kepada designer untuk fikirkan untuk anda.

Tapi kalau dah lewat sangat designer pun tak berani ambil risiko untuk siapkan tempahan dalam masa yang singkat. Senang cerita lebih baik anda sewa jer baju pengantin yang dah siap di mana-mana butik pengantin. Bagi pengantin belah utara ( Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis) senang jer. Datangla ke butik Grand Wedding Atelier. Biar kami uruskan semuanya untuk anda. Sikit sebanyak tentu anda akan rasa lega.


Bagaimana pula dengan Make Up?

Pengantin perempuan jangan pula stress yer.. Walaupun anda patut rasa stress sebab MUA yang best-best biasanya dah full book. Agak berisiko jika anda fikir untuk menempah MUA dalam tempoh sebulan sebelum majlis.

Jadi, silalah hubungi MUA yang anda rasa hebat. Tak pun mai jer tempah dengan Grand Wedding Atelier. Jika majlis anda berlangsung dalam tempoh cuti sekolah, sebaiknya anda tempah lah sekarang. Alah.. deposit tak banyak mana pun. Lebih kurang RM100 pun boleh.

Nasihat kami, jangan berkira-kira sangat dengan MUA kerana ini adalah pelaburang yang sangat bagus. Mana taknya.. Make up yang hebat akan buat anda kelihatan cantik sepanjang majlis. Paling cun bila gambar anda diabadikan dalam foto album.


Alamak.. Kad Kahwin..!!

Hah.. dah print ke belum? Sepatutnya kad kahwin dah siap tempah 3 bulan sebelum kahwin. Bulan depan boleh terus edarkan. Masa yang sangat tepat dan cantik untuk edar kad kahwin.


Borang kahwin dah isi belum?

Bila ditanya, ramai pasangan bakal pengantin yang berdebar-debar bila nak isi borang kahwin. Bukan apa, banyak sangat prosedur-prosedur yang perlu diikut dengan tertib. Sebab itu isi cepat. Nanti perkara yang mudah pun akan jadi susah bila semuanya kelam kabut.

Berjimat cermat

Time sibuk dengan persiapan perkahwinan ni lah perkataan jimat akan selalu meniti di bibir anda atau pasangan anda. Secara tak langsung anda akan belajar berjimat. Jadi, dalam tempoh 3 bulan sebelum kahwin jangan dok boros banyak sangat yer. Kadang-kadang kita tak nampak.. penjimatan sebelum kahwin akan membawa kepada kehidupan yang lebih baik selepas kahwin. Insya Allah.. kita doakan yang baik-baik saja yer.


Ujian

Orang dulu-dulu selalu berkata. Bakal pengantin ni berdarah manis. Jadi hati-hatilah yer. Malang tidak berbau. Apa-apa pun kita doa yang baik-baik saja untuk anda. Semoga 3 bulan sebelum menjelang hari bahagia anda akan mematangkan anda dan pasangan dan semakin faham tentang komitmen berkeluarga.

Kepada yang bakal nak mendirikan rumah tangga, kami doakan agar urusan anda dipermudahkan oleh-Nya. Semoga berjumpa lagi.


Admin
GWA












Share:

No comments:

Post a Comment

Follow GWA Instagram

Search This Blog

Popular Posts

Jumlah Pelawat

Blog Archive

Powered by Blogger.

8 Soalan Lazim Temuduga Sebelum Nikah

Followers

Popular Posts

Recent Posts