• This is default featured slide 1 title

    Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

  • This is default featured slide 2 title

    Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

  • This is default featured slide 3 title

    Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

  • This is default featured slide 4 title

    Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

  • This is default featured slide 5 title

    Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

8 Soalan Lazim Temuduga Sebelum Nikah

8 Soalan Lazim Temuduga Sebelum Nikah : Tahniah kerana anda bakal bernikah. Sebab itulah anda berada di sini untuk mengetahui apakah 8 soalan lazim temuduga sebelum nikah. Kalau dah nikah takkan nak datang sini lagi kan? Kaaa.. hampa nak nikah lagi? Hehehee.. akak gurau jer..

Ada sesetengah negeri mewajibkan bakal pengantin menghadiri sesi temuduga bersama tok kadi sebelum mendapat surat kebenaran untuk berkahwin. Berikut adalah 8 soalan lazim temuduga sebelum nikah yang kami bocorkan di sini.

1. Dua kalimah Syahadah berserta maksud



2. Surah Al-Fatihah



3. Istighfar



4. Doa Qunut dan hukum jika tertinggal doa Qunut dalam solat Subuh.



5. Rukun Iman


  • Beriman kepada Allah S.W.T
  • Beriman kepada Malaikat
  • Beriman kepada kitab-kitab suci
  • Beriman kepada para Rasul
  • Beriman kepada hari akhirat
  • Beriman kepada Qada' dan Qadar


6. Rukun Islam


  • Mengucapkan dua kalimah syahadah
  • Mendirikan solat 5 waktu
  • Berpuasa di bulan Ramadhan
  • Menunaikan zakat
  • Menunaikan haji bagi yang mampu


7. Rukun nikah

   Pengantin Lelaki

  • Perempuan yang ingin dikahwininya itu bukanlah mahramnya.
  • Islam, baligh, berakal
  • Tidak berada dalam ihram atau umrah
  • Tidak dipaksa kahwin
  • Tidak beristeri lebih dari 4 orang

   Pengantin Perempuan

  • Islam
  • Tidak berada dalam ihram haji atau umrah
  • Bukan isteri kepada seseorang
  • Tidak berada dalam iddah


   Akad (Ijab & Qabul)

  • Lafaz yang digunakan mestilah lafaz khas yang membawa maksud nikah atau kahwin serta tidak diselangi dengan perkataan yang lain dari maksud nikah atau kahwin di antara ijab dan qabul.
  • Tidak boleh diselangi dengan diam yang lama antara lafaz ijab dan qabul.
  • Lafaz ijab dan qabul membawa maksud yang sama.
  • Had atau tempoh masa perkahwinan tidak boleh dinyatakan dalam lafaz ijab dan qabul.

   Wali

  • Islam, baligh, berakal
  • Merdeka
  • Tidak berada dalam ihram atau umrah
  • Bukan seorang lelaki yang fasik

   2 orang saksi

  • Islam, baligh, berakal
  • Merdeka
  • Boleh melihat dan mendengar dengan baik
  • Tanggungjawab wali bukan ke atasnya


8. Lafaz niat mandi hadas



Kami sertakan 8 soalan yang berpotensi ditanya sahaja tau. Jangan risau-risau okay. Soalan-soalan ini hanyalah soalan asas sahaja untuk memastikan anda dan pasangan sudah bersedia untuk membina keluarga dengan asas agama yang cukup.


Ok, ini sahaja perkongsian kami utk hari ni.. last but not least.. ini kata-kata keramat kami..
Jika nak mendirikan rumah tangga ingatlah Grand Wedding Atelier.. Kedah Wedding & Event Planner.. 


Sumber: ikahwin.my



Share:

Salam Nuzul Al-Quran




Pada tahun ini kita semua akan menyambut Nuzul Al-Quran pada 2 Jun 2018 (Sabtu) bersamaan 17 Ramadhan 1439H. Semoga kita sebagai umat Islam sentiasa mengambil iktibar peristiwa Nuzul Al-Quran dan sentiasa manjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup kita agar kita semua sentiasa di jalan yang benar. InsyaAllah...


Sejarah Nuzul Al-Quran 

Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraanMalaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.
Share:

3 bulan sebelum majlis perkahwinan


3 bulan sebelum majlis perkahwinan: Pejam celik pejam celik masa untuk anda menjadi suami/ isteri kepada pasangan anda cuma tinggal 3 bulan saja lagi. Bagaimanakah rasanya? Tentu berdebar-debar kan? Cepat betul masa berlalu.

Jadi.. apa yang akan berlaku dalam tempoh 3 bulan sebelum berkahwin?

Terasa baru jer buat keputusan nak berumahtangga. Bulan lepas ada masa lagi 4 bulan menjelang perkahwinan anda. Bulan ini hanya tinggal lagi 3 bulan. Tentu debaran semakin terasa. Semakin diri dihantui pelbagai perasaan.

Pada awalnya rasa excited kerana tak sangka akhirnya anda dan pasangan membuat keputusan untuk mengakhiri hubungan hingga ke jinjang pelamin. Ya, keputusan yang sangat suci murni. Tapi, bila masa yang dinantikan hampir tiba, terasa gementar pun ada. Tak senang duduk dibuatnya. Hahahaa.. Rileks lah kawan..

Baju Nikah dan Sanding dah tempah?

Ramai yang anggap 3 bulan tu masih ada masa untuk menempah busana perkahwinan. Tetapi ketahuilah bahawa 3 bulan tu dah lambat cek oiii.. Ngam-ngam jer masanya. Ha, apa tunggu lagi? Cepat-cepat la pergi tempah sekarang lepas baca ayat ni.

Pengantin perempuan kena lebih alert kerana baju nikah sanding anda lah yang paling banyak ragam. Nak labuci lah.. blink sana blink sini, fabric hunting lah, patching.. nak cari tukang jahit lagi. Kecuali kalau anda ada bajet besar untuk serahkan 100% kepada designer untuk fikirkan untuk anda.

Tapi kalau dah lewat sangat designer pun tak berani ambil risiko untuk siapkan tempahan dalam masa yang singkat. Senang cerita lebih baik anda sewa jer baju pengantin yang dah siap di mana-mana butik pengantin. Bagi pengantin belah utara ( Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis) senang jer. Datangla ke butik Grand Wedding Atelier. Biar kami uruskan semuanya untuk anda. Sikit sebanyak tentu anda akan rasa lega.


Bagaimana pula dengan Make Up?

Pengantin perempuan jangan pula stress yer.. Walaupun anda patut rasa stress sebab MUA yang best-best biasanya dah full book. Agak berisiko jika anda fikir untuk menempah MUA dalam tempoh sebulan sebelum majlis.

Jadi, silalah hubungi MUA yang anda rasa hebat. Tak pun mai jer tempah dengan Grand Wedding Atelier. Jika majlis anda berlangsung dalam tempoh cuti sekolah, sebaiknya anda tempah lah sekarang. Alah.. deposit tak banyak mana pun. Lebih kurang RM100 pun boleh.

Nasihat kami, jangan berkira-kira sangat dengan MUA kerana ini adalah pelaburang yang sangat bagus. Mana taknya.. Make up yang hebat akan buat anda kelihatan cantik sepanjang majlis. Paling cun bila gambar anda diabadikan dalam foto album.


Alamak.. Kad Kahwin..!!

Hah.. dah print ke belum? Sepatutnya kad kahwin dah siap tempah 3 bulan sebelum kahwin. Bulan depan boleh terus edarkan. Masa yang sangat tepat dan cantik untuk edar kad kahwin.


Borang kahwin dah isi belum?

Bila ditanya, ramai pasangan bakal pengantin yang berdebar-debar bila nak isi borang kahwin. Bukan apa, banyak sangat prosedur-prosedur yang perlu diikut dengan tertib. Sebab itu isi cepat. Nanti perkara yang mudah pun akan jadi susah bila semuanya kelam kabut.

Berjimat cermat

Time sibuk dengan persiapan perkahwinan ni lah perkataan jimat akan selalu meniti di bibir anda atau pasangan anda. Secara tak langsung anda akan belajar berjimat. Jadi, dalam tempoh 3 bulan sebelum kahwin jangan dok boros banyak sangat yer. Kadang-kadang kita tak nampak.. penjimatan sebelum kahwin akan membawa kepada kehidupan yang lebih baik selepas kahwin. Insya Allah.. kita doakan yang baik-baik saja yer.


Ujian

Orang dulu-dulu selalu berkata. Bakal pengantin ni berdarah manis. Jadi hati-hatilah yer. Malang tidak berbau. Apa-apa pun kita doa yang baik-baik saja untuk anda. Semoga 3 bulan sebelum menjelang hari bahagia anda akan mematangkan anda dan pasangan dan semakin faham tentang komitmen berkeluarga.

Kepada yang bakal nak mendirikan rumah tangga, kami doakan agar urusan anda dipermudahkan oleh-Nya. Semoga berjumpa lagi.


Admin
GWA












Share:

Keep in touch with Grand Wedding Atelier social media

Alhamdulillah..
Akhirnya terhasil juga blog yang sekian lama kami impikan. Walaupun hanya menggunakan platform blogspot sahaja, tapi yang penting mesej yang kami nak sampaikan kepada anda.

Grand Wedding Atelier akan tetap sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk bakal pengantin dan juga kepada mereka yang ingin mengadakan sebarang bentuk majlis terutama yang memerlukan sentuhan dekorasi yang unik tentunya.

Di kesempatan ini, kami amat mengalu-alukan anda yang telah menemui blog kami ini untuk sentiasa keep in touch dengan kami melalui saluran-saluran sosial media berikut:

Like Facebook page kami dengan klik pada butang Like (lihat tanda bulat merah di bawah)
Facebook Page : Grand Wedding Atelier
LIKE facebook page kami dengan klik pada butang Like (bertanda merah)

Follow Instagram kami dengan klik pada butang Follow (seperti dalam gambar di bawah).
Instagram ID :  @grandweddingatelier

Selain 2 social media utama di atas, anda juga boleh Follow kami di :
Ok itu sahaja yang kami nak update sebagai pengenalan kepada blog kami ni. Insya Allah kami akan kongsikan tip-tip dan idea mengenai persediaan perkahwinan anda, dan juga sebarang majlis daripada sekecil-kecil majlis hinggalah ke majlis yang besar. 

You just dream it, let us make your dream come true... because we believe that we are Your Favourite Wedding & Event Planner. Ok we'll see you soon..

Jika anda memerlukan khidmat nasihat segera mengenai peracangan majlis perkahwinan anda ataupun sebarang majlis, boleh terus hubungi +601132179936 / +601132377354

Atau boleh terus whatsapp kami dengan klik pada link ini:
http://grandwedding.wasap.my



Admin,
GWA





Share:

Follow GWA Instagram

Search This Blog

Popular Posts

Jumlah Pelawat

Blog Archive

Powered by Blogger.

8 Soalan Lazim Temuduga Sebelum Nikah

Followers

Popular Posts

Recent Posts